Pluralisme ancaman baru
Oleh SAIFULIZAM MOHAMAD
pengarang@utusan.com.my
Najib Tun Razak (tengah) melaungkan '1Malaysia' ketika bergambar bersama 32 orang Tuai Rumah Panjang dari Belaga, Sarawak selepas melakukan perjumpaan tertutup di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) semalam. - utusan/Abdul Razak Latif
KUALA LUMPUR 18 Feb. - Fahaman pluralisme kini muncul sebagai ancaman terbaru di kalangan umat Islam di negara ini dan justeru mereka wajib menghindarkannya kerana ia jelas bertentangan dengan akidah serta syariat Islam.Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, bagi mengekang pengaruhnya beliau mahu para ulama, guru-guru agama, pihak berkuasa agama termasuk Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bersama-sama bertanggungjawab menyedarkan umat Islam supaya tidak terpengaruh dengan fahaman itu.
Beliau berkata, hakikatnya Islam tidak boleh disamakan dengan agama lain kerana agama yang benar di sisi Allah hanya Islam sahaja.
''Apatah lagi sekiranya ada umat Islam yang membawa fahaman pluralisme. Perkara-perkara seperti ini mesti kita betulkan. Kita boleh hormat agama lain kita jangan hina agama lain.''Namun dari segi akidahnya dan dari segi kebenarannya di sisi Allah tidak boleh disamakan dengan agama Islam,'' katanya ketika berucap pada merasmikan Multaqa Guru Takmir seluruh Malaysia di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.Najib berkata, selain fahaman pluralisme umat Islam turut terdedah dengan pengaruh liberalisme serta hindonisme yang jika dibiarkan boleh menyebabkan mereka terpesong daripada syariat serta akidah Islam.
''Mahu tidak semua pihak termasuk ulama, guru-guru agama serta guru-guru takmir menegakkan kebenaran agama dengan berlandaskan al-Quran dan as-Sunnah,'' katanya.
selanjutnya disini/-
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0219&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_01.htm
Ingin juga rasa nak ulas dan beri komen dari seorang Islam biasa yang di istilahkan oleh ahli agama sebagai orang awam.
Perkara dan pemikiran manusia sememang sentiasa berubah, sebagaimana yang diwancanakan oleh Almarhum Ustaz Fazhil Nor pada satu ketika dulu. "Bagaimana iman diumpamakan sebagai air didalam sebuah gelas,yang akan kering kerana walau pun tidak diminum bila dibiarkan begitu sahaja air akan meng-wap naik keudara disebabkan keadaan sekeliling".
Maka diandaikan begitulah juga keimanan seseorang, yang perlu dijaga dan dibajai pada setiap masa dan ketika, dengan menambah ilmu agama dan istiqomah dalam menunaikan segala bentuk ibadat wajib dan sunat.
Dahulu dizaman awal Islam pelbagai fahaman dan aliran yang bertentangan berlaku, dari khawarijnya, qoramitahnya dan banyak lagi. Jadi fahaman dan aliran pemikiran zaman melinuem ini pun begitu, ada yang datang secara mendadak dan ada secara perlahan mempengaruhi masyarakat Islam itu sendiri.Banyak faktor yang menyebabkan anjakan pemikiran dan fahaman baru ini. Selain keadaan sekeliling yang kian mencabar, serta gaya hidup yang bertambah canggih juga kurangnya kemahuan dalam mencari kebenaran Islam itu sendiri.
Cabaran2 sebegini begitu lumrah malah itulah yang selalu dihadapi oleh kita orang Islam dimerata dunia bukan sahaja diMalaysia. Selalu kita diingatkan dengan fahaman liberal, plural dan istilah Islam sederhana atau Moderate Islam malah Islam radikal, Islam fanatik, Angkatan Muda,Nasionalis Islam dan banyak lagi nama2 yang kadang -kadang kala memeningkan kita sebagai orang awam. Belum lagi dengan pertelagahan mazhab - mazhab ahli sunnah dan syiah.
Sejak kebelakangan ini kita dikejutkan dengan kebangkitan raayat di negara-negara Timur Tengah. Kalau direnung kembali, seolah-olah sejarah berulang lagi. Betapa benar akan sabda Rasul SAW akan perkara ini akan berlaku di akhir zaman nanti.
Setelah tumbangnya pemerintahan khalifah diabad ke 19 ,kebanyakan negara Islam dijajah bangsa Eropah namun Islam terus utuh. Bila penjajahan berakhir, kebanyakan negara yang kononnya telah merdeka terus juga dijajah pemikiran mereka oleh pemimpin dikalangan mereka. Maka bermacam bentuk pemerintahan diadun buat menyambung fahaman politik penjajah.
Sekarang sekali lagi pergolakan berlaku dikalangan negara Islam di Timur Tengah, dan kemana arah tuju suasana pemerintahan yang akan mula mendapat tempat akan dibawa. Mungkinkah sistem pemerintahan Islam sebenar akan mula bertapak atau mungkinkah satu peralihan kuasa buat memperkasa kedudukan mereka yang jauh dari sistem Islam itu sendiri.
Saya cuma berdoa dan mengharapkan agar, Allah SWT lebih memurnikan jiwa2 pemimpin Islam di negara Teluk. Amatlah diharapkan, agar negara2 Teluk mendapat Rahmat dan Rahim Allah SWT dan menjadi contoh ikutan umat Islam dinegara-negara Islam yang lain.
Disini, dinegara tercinta ini, sememang kita dihadapi dengan fahaman2 yang saya nyatakan diatas. Selepas kejadian 11 September di Amerika, pelbagai persepsi tentang Islam dirumuskan, bukan sahaja kononnya dari cendiakawan Islam tetapi juga dikalangan musuh2 Islam yang nyata dan tidak nyata. Walaupun, majoriti mengatakan itu bukan perbuatan orang Islam, tetapi malang nya ada dikalangan umat Islam itu sendiri begitu bersungguh2 itu fahaman buruk umat Islam diatas landasan fahaman mereka adalah, fanatik,radikal serta ektremis Islam.
Fahaman pluralism dan liberal berlaku dikalangan umat Islam hari ini, selain dari sebab-sebab yang dinyatakan diatas, pengaruh pemikiran kesejagatan, kemanusian, hak2 asasi, bila meng-aplikasikan Islam dalam lateral thinking dan yang paling ketara bila merasakan hukum dan rasional akal manusia jauh lebih baik dari hukum dan rasional Al Quran (firman Allah SWT) dan Sunnah Rasul.
Mungkin juga cetiknya fahaman dalam beragama atau mungkin juga berasa "inferiority" (berasa rendah diri) bila dibandingkan canggihnya gaya hidup zaman ini. Mungkin juga, berketrampilan dalam berhujah gaya seorang yang modernis dalam menyesuaikan diri dikalangan masyarakat majmuk yang konon " to keep up with the Jones,so with the Jones life style such as freedom of speech, freedom of thought, human rights" dan banyak lagi istilah untuk nampak gah dalam masyarakat.
Fahaman pluralism dan juga liberal dalam agama, tidaklah benar dan merosakan akidah.
Bila mereka mengatakan agama ini semua sama, semua untuk kebaikan. Yang pastinya Islam tidak sama dengan agama2 lain.Islam agama Rahmat seluruh alam, akidah dalam mentauhidkan Rabul Jalil begitu suci dan murni. Agama Islam dan akidahnya melampaui batas pemikiran manusia, tidak terjangkau oleh persepsi manusia.
Kepada mereka yang berfahaman sebegini, kita doakan mereka bertaubat dan pulanglah kepada kebenaran Islam.Tanpa mengira siapa pun dan apa fahaman politik pun saya bersetuju dengan saranan perdana menteri, agar kita terus berwaspada dengan fahaman baru yang merosakan akidah umat Islam.