- “Abu Bakar mengungguli kalian bukan kerana banyaknya solat dan banyaknya puasa, tapi kerana sesuatu yang bersemayam di hatinya.” (HR at-Tirmidzi di an-Nawâdir dan al-Ghazali di Ihyâ’ Ulûmiddîn)
RIWAYAT HIDUP
- Nama sebenar : Abdullah bin Abi Quhafah
- Dilahirkan di Mekah pd thn 572 masihi (2 tahun selepas kelahiran Rasulullah)
- Berasal dari keturunan bangsawan Quraisy, Bani Tamim
- Seorang saudagar (Ahli perniagaan) yg berjaya & tersangat kaya
- Datangnya dari keluarga bangsawan yang sangat dihormati oleh masyarakat Quraisy
- Menyumbang kpd perkembangan dakwah Islam
- Merupakan lelaki dewasa pertama memeluk Islam
- Beliau pada awalnya digelar Abdul Kaabah (hamba Kaabah)
- tetapi selepas pengislamannya, beliau menukar namanya kepada Abdullah.
- Namun beliau selalu digelar Abu Bakar (daripada perkataan Arab Bakar yang bermaksud unta muda) kerana beliau amat gemar membiak unta.
- Diberi gelaran 'As- Siddiq' (yg membenarkan) krn sentiasa yakin dan membenarkan setiap apa yang dikatakan dan dilakukan oleh Rasulullah s.a.w.
- Mengakui kebenaran peristiwa Isra' dan Mikraj yang dilalui oleh Rasulullah.
Apabila
orang ramai mengatakan baginda berdusta, malah ada dikalangan sahabat
yang ragu-ragu tentang peristiwa tersebut, Saidina Abu Bakar menjadi
orang pertama membenarkan dan mempercayai peristiwa tersebut dengan
penuh keyakinan tanpa ragu-ragu.
- Rasulullah s.a.w pernah bersabda " Tidaklah aku menyeru sesiapa pun kepada Islam melainkan dia teragak-agak dan melewatkannya kecuali Saidina Abu Bakr".
- Pernah Nabi s.a.w bersabda; Andainya sekelian manusia akan mendustakan Muhammad s.a.w , Saidina Abu Bakr lah yang akan tampil dengan penuh keyakinan untuk membelaku.
- Saidina Umar r.a bertanya pada Saidina Abu Bakr selepas termetrinya perjanjian Hudaibiyah “Wahai Abu Bakr bukankah dia Rasulullah ?. Abu Bakr menjawab “Ya !.. . Umar r.a bertanya lagi ” Bukankah kita ini orang-orang Islam ?. ” Ya “ , jawab Abu Bakr. Lalu umar bertanya lagi ” Kalau begitu mengapa kita menerima cara yang hina ini ?. Bila ditanya oleh Saidina Umar soalan yang sama maka Rasulullah bersabda “Aku ini hamba Allah dan RasulNya ; aku tidak akan sekali-kali menyalahi perintahnya dan aku tidak sekali-kali dipersia-siakan” . Pada masa ini kebanyakan sahabat tidak bersetuju dengan perjanjian Hudaibiyah di mana mereka tidak dibenarkan menunaikan ibadab haji pada tahun itu,sehingga mereka tidak menyembelih binatang dan bersuci setelah disuruh oleh Nabi sebanyak tiga kali, kerana begitu kasih dan sayang pada Rasulullah. Lalu Rasulullah menerima cadangan yang bernas daripada Ummu Mu’minin, Ummu Salamah supaya Rasulullah meneruskan sahaja penyembelihan itu seolah-olah wahyu dari Allah dan ini telah dikuti oleh para sahabat.
- sahabat Nabi Muhammad s.a.w. yang paling rapat sekali.
- Semasa Nabi Muhammad s.a.w. berhijrah dari Makkah ke Madinah pada tahun 622, hanya beliau seorang yang mengikuti Rasulullah s.a.w. tanpa ditemani oleh orang lain.
- Tatkala keadaan kekejaman orang-orang musynikin Quraisy tenhadap kaum Muslimin yang sedikit jumlahnya di Mekah semakin hebat dan membahayakan, Nabi Muhammad S.A.W. telah mengadakan permusyuaratan di numah Saiyidina Abu Bakan R.A. untuk mencani jalan keluar danipada kesulitan yang sedang dihadapi oleh pihak kaum Muslimin.
- Ketika itulah Rasulullah S.A.W. menjelaskan kepada Saiyidina Abu Bakan R.A. bahawa Allah S.W.T. telah memerintahkan baginda supaya melakukan hijrah ke Madinah serta meminta Saiyidina Abu Bakar R.A. supaya menemaninya dalam peristiwa hijrah tersebut... dengan perasaan gembira tanpa sedikit kebimbanganpun Saiyidina Abu Bakar R.A. menyambut penmintaan Rasulullah S.A.W.
- Aisyah r.a mengatakan bahawa beliau tidak pernah melihat bapanya begitu gembira sekali melaikan pada hari itu.
- Amru Bin Al As, seorang sahabat Rasulullah S.A.W. pernah suatu hari menanyakan Rasul, "Siapakah di antara manusia yang paling tuan sayangi? Baginda menjawab, "Siti Aisyah, dan kalau laki-laki adalah bapanya.
- Rasulullah S.A.W mengahwini anak perempuan beliau iaitu Saidatina Aishah tidak lama selepas penghijrahan ke Madinah berlaku.
- Pernah menjadi kaya, dia juga dikenangi kerana jasanya membebaskan beberapa hamba yang beragama Islam daripada tuan mereka yang kafir termasuklah Bilal Bin Rabah.
- Dilantik sebagai Khalifah Islam yang pertama selepas Rasulullah wafat (632-634)
- Meninggal dunia pada tahun 13 hijrah ketika berusia 63 tahun. (di Madinah iaitu dua tahun selepas menjadi khalifah.)
- Ada dua pendapat mengenai sebab kematian Saidina Abu Bakar. Ada yang mengatakan disebabkan keracunan
- ada pula yang mengatakan Saidina Abu Bakar meninggal dunia secara biasa.
- Sebelum kewafatannya, Saidina Abu Bakar mengesa masyarakat menerima Saidina Umar Al-Khatab sebagai khalifah yang baru.
- Saidina Abu Bakar dikebumikan di sebelah makam Nabi Muhammad s.a.w. di Masjid an-Nabawi yang terletak di Madinah.
Maqam Rasulullah Salallahu'alaihisalam dan maqam Saidina Abu Bakar RA. |
KEPERIBADIAN
- Sentiasa bersopan santun
- Pengasih dan amat penyayang
- Bersifat lemah lembut
- Ikhlas dalam perjuangan
- Bercakap benar (jujur)
- Tabah menghadapi dugaan
- berbudi pekerti
- adil
- tegas
- Kemuliaan akhlaknya,
- kemurahan hatinya dalam mengorbankan harta benda & kekayaannya,
- Dalam Perang Tabuk misalnya, Rasulullah S.A.W. telah meminta kepada sekelian kaum Muslimin agar mengorbankan hartanya pada jalan Allah. Tiba-tiba datanglah Saiyidina Abu Bakan R.A. membawa seluruh harta bendanya lalu meletakkannya di antara dua tangan baginda Rasul. Melihat banyaknya harta yang dibawa oleh Saiyidina Abu Bakar R.A., bagi tujuan jihad itu maka Rasulullah S.A.W. menjadi terkejut lalu berkata kepadanya:
- "Hal sahabatku yang budiman, kalau sudah semua hanta bendamu kau korbankan apa lagi yang akan engkau tinggalkan buat anak-anak dan isterimu?
- Pertanyaan Rasulullah S.A.W. itu dijawab oleh Saiyidina Abu Bakar Al-Siddiq dengan tenang sambil tersenyum, ujarnya. "Saya tinggalkan buat mereka Allah dan RasulNya.
- kebijaksanaannya dalam menyelesaikan masalah ummat,
- kerendahan hatinya ketika berkuasa
- Setelah dia dilantik menjadi Khaifah Rasulullah, beliau telah memberi satu ucapan yang mahsyur, antaranya : " Wahai sekelian umat ! aku telah dipilih menjadi peminpin kamu padahal aku ini bukanlah orang yang terbaik diantara kamu. Sebab itu jika pemerintahan ku baik, maka sokonglah ; tetapi jika ianya tidak baik perbaikilah. Patuhilah aku selama aku patuh kepada Allah dan RasulNya. Akan tetapi jika aku menderhakai Allah, maka kamu sekelian tidak harus lagi patuh kepada ku".
- Saidina Abu Bakr hidup seperti rakyat biasa dan tidak suka didewa-dewakan. Pernah orang memangilnya" ya Khalifah Allah" lalu dijawabnya " Saya bukan Khalifah Allah, saya hanyalah Khalifah Rasulnya
- tuturbahasanya yang lembut
- sebelum memeluk Islam lagi, Abu Bakar telah terkenal sebagai seorang pembesar Quraisy yang tinggi akhlaknya dan tidak pernah minum arak sebagaimana yang lazimnya dilakukan oleh pembesar-pembesar Quraisy yang lain.
- Rasulullah S.A.W. pernah menyanjungi sahabatnya itu dengan sabdanya, "Jika ditimbang iman Abu Bakan Al-Siddiq dengan iman sekelian ummat maka berat lagi iman Abu Bakar. Demikian teguhnya iman Saiyidina Abu Bakan R.A.
- kecerdasan Saiyidina Abu Bakar Al-Siddiq dalam memahami Islam. (tenang tapi tegas)
- Keunggulan beliau dapat dilihat dengan jelas selepas wafatnya Rasulullah S.A.W. di kala mana ummat Islam hampir-hampir menjadi panik serta tidak percaya kepada kewafatannya. Bahkan sahabat besar Saiyidina Umar Al Khattab sendiri telah diselubungi kekacauan fikinan dan tampil ke muka umum sambil mencabar dan mengugut sesiapa sahaja yang berani mengatakan baginda telah wafat. Ujan Umar n.a., "Rasulullah tidak wafat, dia hanya pergi menghadap Allah sahaja seperti perginya Nabi Musa yang telah menghilangkan diri dan kaumnya selama empat puluh hari, kemudian pulang semula kepada kaumnya setelah diheboh-hebohkan wafatnya.
- Ketika kegawatan itu berlaku Saiyidina Abu Bakar sedang berada di suatu kampung Al-Sunnah. Tatkala berita kewafatan Rasulullah itu sampai kepadanya, beliau dengan segera menuju ke Madinah. Di sana beliau dapati ramai orang sedang benkumpul mendengarkan pidato Saiyidina Umar Al Khattab tadi. Tanpa lengah-lengah lagi Saiyidina Abu Bakar terus ke rumah puterinya Siti Aisyah dan di sanalah beliau dapati mayat Rasulullah S.A.W. terbujur di satu sudut rumah. Beliau lantas membuka wajah Rasulullah dan mengucupkannya, sambil benkata, "Wahai, betapa cantiknya engkau ketika hidup dan betapa cantiknya engkau ketika mati! Kemudian beliau pun keluar mendapatkan orang ramai yang sedang dalam panik itu lalu berkata dengan nada yang keras:
- "Wahai kaum Muslimin! Barangsiapa yang menyembah Muhammad, maka Muhammad telah mati. Tetapi barangsiapa yang menyembah Allah maka Allah selama-lamanya hidup tidak mati. Seraya menyambung membacakan sepotong ayat dan Al Qun'an:
- "Muhammad itu tidak lebih dari seorang rasul seperti rasul-rasul yang terdahulu darinya. Jika ia mati atau terbunuh patutkah kamu berundur ke belakang. Sesiapa yang surut ke belakang, dia tidak akan membahayai Allah sedikit pun dan sesungguhnya Allah akan memberi ganjaran kepada orang-orang yang bersyukur.
- Sejurus sahaja mendengar ayat itu, Saiyidina Umar Al Khattab pun terus rebah hingga barulah beliau dan orang ramai Islam yang telah mendengar pidatonya tadi mendapat kepastian bahawa Rasulullah sudah wafat. Kaum Muslimin tentunya telah pernah dengar ayat ini sebelumnya, kerana ayat itu telah turun semasa peperangan Uhud, ketika Rasulullah S.A.W. telah diberitakan mati terkorban dan menyebabkan banyak pejuang-pejuang Islam berundur ke Madinah. Tetapi mereka tidaklah memahami maksud ayat ini seperti yang difahami oleh Saiyidina Abu Bakar R.A.
- Saidina Umar juga pernah berkata " Suatu malam dan satu hari saidina Abu Bakr lebih baik daripada Umar dan keluarganya". Satu malam semasa Hijrah bersama Nabi s.a.w manakala satu hari adalah di hari kewafatan Rasulullah s.a.w diaman saidina Abu Bakr dengan tenang tetapi tegas mengahadapi saat getir itu, ditambah dengan gejala murtad yang melandai sebahagian umat Islam pada masa itu. Beliau berkata " Wahai kaum muslimin, barangsiapa yang menyembah Muhammad, maka Muhammad telah mati, Tetapi barang siapa menyembah Allah,maka Allah selama-lamanya hidup tidak mati" seraya menyambung lagi dengan ayat Al-Quran, surah Ali-Imran :144
" Muhammad itu tidak lebih dari seorang rasul seperti Rasul-rasul yang terdahulu darinya, Jika ia mati atau terbunuh, patutkah kamu berundur kebelakang. Sesiapa yang surut kebelakang , dia tidak membahayai Allah sedikit pun dan sesungguhnya Allah akan memberi ganjaran kepada orang-orang yang bersyukur." Ali-Imran 144.
( Ayat ini turun semasa perang Uhud di mana tersebar fitnah bahawa Rasulullah telah terbunuh. menyebabkan tentera Islam hampir putus asa).
BAGAIMANA SAIDINA ABU BAKAR R.A MEMELUK ISLAM
Kata
Saiyidina Abu Bakar R.A. ketika menceritakan suatu kisah mengenai
dirinya kepada Ibnu Mas'ud, "Aku pernah mengunjungi seorang tua
di negeri Yaman. Dia rajin membaca kitab-kitab dan mengajar banyak
munid. Dia berkata kepadaku:
"Aku
kira tuan datang dan Tanah Haram.
"Benar,
jawabku.
"Aku
kira tuan berbangsa Quraisy?
"Benar,
ujarku lagi.
"Dan
apa yang aku lihat, tuan dan keluarga Bani Taiyim?
"Benarlah
begitu, tambahku selanjutnya.
Orang
tua itu terus menyambung, katanya, "Ada satu lagi hal yang
hendak aku tanyakan dari tuan, iaitu tentang diri tuan sendiri.
Apakah tak keberatan jika aku lihat perutmu?
Maka
pada ketika itu aku pun berkata, "Aku keberatan hendak
memperlihatkan selagi tuan tidak nyatakan kepadaku perkara yang
sebenarnya.
Maka
ujar orang tua itu, "Aku sebenarnya melihat dalam ilmuku yang
benar bahawa seorang Nabi Allah akan diutus di Tanah Haram. Nabi itu
akan dibantu oleh dua onang sahabatnya, yang seorang masih muda dan
seorang lagi sudah separoh umur. Sahabatnya yang muda itu berani
berjuang dalam segenap lapangan dan menjadi pelindungnya dalam
sebarang kesusahan. Sementara yang separoh umur itu putih kulitnya
dan berbadan kurus, ada tahi lalat di perutnya dan ada suatu tanda di
paha kirinya. Apalah salahnya kalau tuan perlihatkan kepadaku.
Maka
sesudah dia berkata itu aku pun membuka pakaianku lalu orang tua itu
pun melihatlah tahi lalat hitam di atas bahagian pusatku seraya
berkata, "Demi Tuhan yang menguasai Kaabah, tuanlah orangnya
itu!
Kemudian
orang tua itu pun memberi sedikit nasihat kepadaku. Aku tinggal di
Yaman untuk beberapa waktu kenana mengurusi perniagaanku dan sebelum
meninggalkan negeri itu aku sekali lagi pergi menemui orang tua
tersebut untuk mengucapkan selamat tinggal kepadanya. Kemudian dia
lalu bertanya, "Bolehkah tuan menyampaikan beberapa rangkap
syairku?
"Boleh
sahaja, jawabku.
Setelah
itu aku pun membawa pulang syair-syair itu ke Mekah. Setibanya aku di
Mekah, para pemuda bergegas datang menemuiku seraya berkata, "Adakah
engkau tahu yang sudah terjadi? Maka ujarku pula, "Apakah yang
terjadi itu?
Jawab
mereka, "Si yatim Abu Talib kini mengaku menjadi Nabi! Kalaulah
tidak mengingat engkau hai Abu Bakar, sudah lama kami selesaikan dia.
Engkaulah satu-satunya yang kami harapkan untuk menyelesaikannya.
Kemudian
aku pun meminta mereka pulang dahulu sementara aku sendiri pergi
menemui Muhammad. Setelah menemuinya aku pun mengatakan, "Wahai
Muhammad, tuan telah mencemarkan kedudukan keluarga tüan dan aku
mendapat tahu tuan terang-terang telah menyeleweng dan kepercayaan
nenek moyang kita.
Maka
ujar baginda, "Bahawa aku adalah Pesuruh Allah yang diutuskan
untukmu dan untuk sekelian ummat!
Aku
pun bertanya kepada baginda, "Apa buktinya?
Jawabnya,
"Orang tua yang engkau temui di Yaman tempoh hari.
Aku
menambah lagi, "Orang tua yang mana satukah yang tuan maksudkan
kerana ramai orang tua yang aku temui di Yaman itu?
Baginda
menyambung, "Orang tua yang mengirimkan untaian syair kepada
engkau!
Aku
terkejut mendengarkannya lalu bertanya, "Siapakah yang telah
memberitahu tuan, wahai sahabatku?
Maka
ujar baginda, "Malaikat yang pernah menemui Nabi-nabi sebelumku.
Akhirnya
aku benkata, "Hulurkan tangan tuan, bahawa dengan sesungguhnya
aku naik saksi tiada Tuhan yang kusembah melainkan Allah, dan tuan
(Muhammad) sebenarnya Pesuruh Allah.
Demikianlah
kisah indah yang meniwayatkan bagaimana Islamnya Saiyidina Abu Bakan
Al-Siddiq. Dan memanglah menurut riwayat beliau merupakan lelaki yang
pertama yang beriman kepada Rasulullah S.A.W.
PERLANTIKAN MENJADI KHALIFAH
- Rasulullah tidak menetapkan atau mewasiatkan khalifah pengganti baginda sebelum baginda wafat
- Perbincangan antara Muhajirin & Ansar telah memutuskan utk melantik Abu Bakar sebagai khalifah pertama selepas kewafatan Rasulullah.
- Antara sebab Sayidina Abu Bakar dipilih
- Abu Bakar sentiasa di sisi Rasulullah & Merupakan sahabat baik baginda
- Beliau yg diminta oleh Rasulullah utk mengantikan baginda menjadi imam sewaktu baginda sakit
- Rasulullah telah memilih beliau utk mengetuai rombongan haji pertama umat Islam
- Perlantikan Saidina Abu Bakar mendapat tentangan daripada beberapa orang yang ingin melantik Saidina Ali Abi Talib sebagai khalifah kerana Saidina Ali merupakan menantu dan sepupu Rasulullah s.a.w. Tentangan itu tamat selepas Saidina Ali Abi Talib membaihkan Saidina Abu Bakar.
- Setelah Rasulullah wafat- Kaum Ansar telah berkumpul di Balai Bani Saadah dan memilih Saad Ibn Ubadah untuk mengantikan tempat Rasulullah.
- Setelah tindakan Kaum Ansar diketahui umum- Saiyidina Abu Bakar, Umar dan sekumpulan muhajirin telah ke Balai Bani Saadah untuk menjelaskan soal perlantikan khalifah. Keputusan kaum Ansar itu tidak boleh diterima kerana ia bukan keputusan mejoriti umat Islam, hanya keputusan dari pihak Ansar sahaja. Hal ini boleh membawa perpecahan kepada umat Islam.
- Dalam pertemuan ini Abu Bakar mencadangkan memilih salah seorang dari dua samada Umar al Khattab atau Abi Ubaidah bin Jarrah. Manakala pihak Ansar mencadangkan supaya dilantik khalifah seorang drp Ansar dan seorang drpd Muhajirin.
- Kemudian Basyir bin Saad dari gol Ansar bangun dan meminta Abu Bakar menghulurkan tangan dan berkata " Aku baiah kamu sebagai khalifah",serta diikuti oleh Umar al Khattab dan semua umat Islam yang hadir.
- Dengan peristiwa ini maka rasmilah perlantikan Abu Bakar menjadi Khalifah Islam pertama pada tahun 632 m (11 hijrah) dan memerintah Negara Islam selama 2 tahun 3 bulan (Secara persetujuan ramai umat Islam)
- Peristiwa perlantikan Abu Bakar ini membuktikan semangat perpaduan yang ditunjukkan oleh umat Islam.Mereka sanggup mengenepikan soal keturunan demi menjaga kepentingan agama ,bangsa & negara
CABARAN
Peperangan Islam-Riddah
- Masalah mula timbul apabila Saidina Abu Bakar dilantik menjadi khalifah.
- Masalah ini mengugat kestabilan dan keamanan kerajaan Islam.
- Banyak puak-puak Arab memberontak dan menentang khalifah.
- Sesetengah daripada mereka enggan membayar zakat manakala ada pula yang kembali kepada menyembah berhala dan mengikut tradisi lama mereka.
- Puak-puak ini mendakwa bahawa mereka hanya menurut perintah Rasulullah s.a.w. dan memandangkan Rasulullah s.a.w. telah wafat maka mereka tidak perlu lagi mengikut ajaran Islam dan mereka telah bebas.
- Saidina Abu Bakar menegaskan bahawa mereka bukan sahaja menyatakan taat sembah kepada seorang pemimpin malah mereka kini tergolong dalam golongan Muslim.
- Ada diantara mereka mendakwa bahawa mereka ialah nabi dan rasul.
- Bagi menumpaskan penghinaan dan perbuatan murtad ini maka Saidina Abu Bakar melancarkan perang terhadap golongan yang digelar golongan Riddah.
- Hal ini merupakan permulaan siri Peperangan Islam-Riddah. Antara orang yang mengaku menjadi nabi ialah Musailamah al-Kazzab.
- Khalid Al-Walid berjaya menumpaskan Musailimah dalam suatu pertempuran.
RENTETAN PERISTIWA
Ekspedisi ke Utara
- Selepas berjaya mengurangkan golongan riddah, Saidina Abu Bakar mula menghantar panglima-panglima perang Islam ke utara untuk memerangi Byzantine (Rom Timur) dan Empayar Parsi.
- Khalid Al-Walid berjaya menawan Iraq dalam hanya satu kempen ketenteraan.
- Beliau juga menempuh kejayaan dalam beberapa ekspedisi ke Syria.
- Menurut seorang orientalis Barat, kempen Saidina Abu Bakar hanyalah sebuah lanjutan daripada Perang Riddah.
- Hal ini jelas salah memandangkan kebanyakan golongan riddah terletak di selatan Semenanjung Arab dan bukannya di utara.
Pengumpulan al-Quran
- Menurut ahli sejarah Islam, selepas siri Peperangan Islam-Riddah ramai orang yang mahir menghafaz al-Quran terbunuh.
- Saidina Umar Al-Khatab (khalifah yang berikutnya) meminta Saidina Abu Bakar untuk mula menjalankan aktviti pengumpulan semula ayat-ayat al-Quran
Saidina
Uthman Affan kemudiannya
melengkapkan aktiviti pengumpulan al-Quran semasa beliau menjadi
khalifah.
SUMBANGAN
Saidina
Abu Bakar walaupun hanya memerintah selama dua tahun (632-634),
tetapi beliau banyak menyumbang terhadap perkembangan Islam. Beliau
berjaya menumpaskan golongan Riddah
yang ada diantaranya murtad dan ada diantaranya mengaku sebagai nabi.
Beliau juga mula mengumpulkan ayat-ayat al-Quran
dan beliau juga berjaya meluaskan pengaruh Islam.
Sebelum
Menjadi khalifah
|
ketika
menjadi Khalifah
|
|
|
KISAH PENGORBANAN
- bersembunyi di gua yang dibeni nama Gua Tsaur.
- Pada saat suasana amat kritis, Saiyidina Abu Bakar R.A. diserang rasa kegelisahan dan cemas kerana khuatir kalau-kalau musuh dapat mengetahui di mana Rasulullah sedang bensembunyi, maka pada saat itu turun ayat suci Al Quran dari Surah Taubah yang isinya memuji Saiyidina Abu Bakan Al-Siddiq, sebagai orang kedua sesudah Nabi s,a.w. dalam Gua Tsaur.
- Dalam pada itu Rasulullah S.A.W. pun mengerti akan situasi dan kegelisahan sahabatnya itu yang oleh kerananya Rasul benkata, "Apakah yang menggelisahkanmu, bukankah Allah menemani kita?
- Sebenarnya kebimbangan Abu Bakar R.A. tatkala di dalam gua itu bukanlah kerana takutkan nyawanya akan diragut oleh pihak musuh tetapi yang lebih dibimbangkannya ialah keselamatan jiwa baginda Rasul.
- Beliau pennah berkata, "Yang saya bimbangkan bukanlah mengenai diri saya sendiri, kalau saya terbunuh, yang tewas hanyalah seorang manusia biasa. Tapi andaikata tuan sendiri dapat dibunuhnya maka yang akan hancur ialah satu cita-cita yang suci murni. Yang akan runtuh ialah keadilan dan yang akan tegak pula ialah kezaliman.
- Ketika peristiwa Hijrah- Rasulullah ditemani Saiyidina Abu Bakar telah bersembunyi di gua Thur Abu Bakar telah terpandang seekor ular keluar dari lubang berhampiran tempat rasulullah tidur. Beliau lantas menutup lubang tersebut dengan kakinya kerana bimbang ular itu akan mematuk kaki Rasulullah. Lantaran menahan kesakitan dipatuk ular air matanya terjatuh ke pipi Rasulullah dan baginda terjaga dari tidurnya. Peristiwa pengorbananya ini tercatat didalam al Quran dalam Surah At- Taubah :ayat :40
- Mereka bersepakat untuk berjaga mengikut giliran.
- Nabi Muhammad SAW melabuhkan kepalanya di pangkuan Abu Bakar
- Abu Bakar menyandarkan tubuhnya didinding gua.
- Rasulullah SAW, masih tetap dalam lenanya.
- Tiba-tiba sahaja, seekor ular mendatangi kaki Abu Bakar yang terlentang.
- Abu Bakar melihatnya penuh waspada, ingin sekali dia menarik kedua kakinya untuk menjauhi dari binatang yang berbisa ini.
- Namun, keinginan itu diendahkan dari benaknya, tak ingin dia mengganggu tidur lena Rasulullah SAW.
- Bagaimana mungkin, dia tidak membangunkan kekasihnya itu.
- Abu Bakar menahan sakit, ketika itu ular mematuk pergelangan kakinya, tapak kakinya dibiarkan sahaja tidak bergerak sedikit pun.
- Ular itu meninggalkan mereka setelah beberapa seketika.
- Dalam keheningan, sekujur tubuhnya terasa panas. Bias ular menjalar ke seluruh tubuhnya. Abu Bakar menangis dalam diam.
- Rasa sakit itu tidak dapat ditahan lagi.
Tanpa sengaja, air matanya menitis mengenai pipi Rasulullah SAW yang tengah berbaring. - Abu Bakar menghentikan tangisannya, kekhuatiran terbukti, Rasulullah SAW terjaga dan menatapnya penuh dengan rasa ingin tahu.
- “Wahai hamba Allah, apakah engkau menangis kerana menyesal mengikuti perjalanan ini?” suara Rasulullah memenuhi ruang gua.
- “Tentu saja tidak, saya redha dan ikhlas mengikutimu kemana jua,” kata Abu Bakar yang masih dalam kesaakitan.
- “Jadi mengapakah engkau menggugurkan air matamu?”
- “Seekor ular baru sahaja mematukku, wahai putera Abdullah, dan bisanya menjalar begitu cepat.”
- Rasulullah -“Mengapa engkau tidak menhindarinya?”
- “Aku bimbang mengejutkan engkau dari lenamu,” jawab Abu Bakar sendu.
- Sebenarnya dia kini menyesal kerana tidak dapat menahan air matanya jatuh mengenai pipi Rasulullah SAW dan membuatnya terjaga. Saat itu air mata bukan milik Abu Bakar sahaja. Selanjutnya mata al-mustafa berkabut dan bening air mata tergenang dipelupuknya.
- Rasullullah pn menangis jgk..
- Betapa indah sebuah ukhuwah
- “Sungguh bahagia, aku memiliki seorang sepertimu wahai putera Abu Quhafah. Sesungguh Allah sebaik-baik pemberi balasan”.
- Rasulullah memengang pergelangan kakinya yang dipatuk ular - mengusap bekas patukan ular itu dengan air liurnya
- sketika rasa sakit itu tiada lagi.
- Abu Bakar segera menarik kakinya kerana malu.
- Kini giliran Abu Bakar beristirehat dan Rasulullah SAW pula berjaga. Abu Bakar menggelengkan kepala ketika Rasulullah menawarkan pangkuan Baginda.
“Tak
ku rela diriku membebani pangkuan penuh abbarakah itu.”
IKHTIBAR
- Setiap mukmin hendaklah menjalankan ikatan silaturrahim berdasarkan iman dan taqwa tanpa mengira keturunan dan darjat.
- Setiap mukmin hendaklah berjihad pada jalan Allah dengan ikhlas dan sanggup bekorban jiwa, harta, tenaga, masa dan fikiran untuk agama, bangsa dan negara
- Umat Islam bertanggungjawab dalam pemilihan pemimpin spt menyertai pilihanraya untuk memilih ketua / pemimpin
- Setiap amanah hendaklah dilaksanakan dengan penuh tanggungjawab