Perjalanan hidup didunia ini adalah bagai satu tempat persinggahan yang sementara. Seharusnya hidup didunia ini menjadi persinggahan yang paling bermakna didalam setiap kehidupan manusia. Kerana sifat dunia itu hanya sementara, jadi setiap insan seharusnya mengambil segala kebaikan dan kenikmatan yang diizinkan oleh Allah SWT ketika roh masih berada bersama jasad. Cari dan tuntutlah segala kebaikan dan nikmat yang suci ketika didunia untuk dijadikan bekal dan alasan, ketika hadir untuk diadili dimakhamah Allah SWT.
Sesungguhnya mereka yang beriman akan diuji dan diberi pelbagai dugaan ketika didunia. Ujian dan dugaan berupa harta-harta yang banyak,kemiskinan yang melarat,kesakitan juga kesihatan, wanita dan isteri serta anak-anak. Pangkat serta darjat, kedudukan dan kuasa malah pelbagai rahmah dan meqnah.
Hanya agama ini, Islam yang akan menuntun kita semua kejalan yang lurus dan benar. Keimanan,keikhlasan serta takwa kepada Allah SWT sahaja yang akan memandu kita kejalan yang lurus lagi benar.
Umur dan Harta – Pt1
Umur dan Harta – Pt2
Umur dan Harta – Pt3
Umur dan Harta – Pt4
Umur dan Harta- Pt5
Umur dan Harta – Pt6