7/26/2009

RAHMAT ALLAH SWT - Ustaz Shamsuri


Sesungguhnya Rahmat Allah SWT, tiada penghujungnya malah tiada noktahnya. Terpulanglah kita sebagai makhluknya memohon dan sentiasa mengharapkan Rahmat Allah SWT. Walau bagaimana hebat pun seorang insan itu, baik dari sudut gagahnya dia, kaya-rayanya dia, kuat ibadahnya dan tinggi sifat taqwanya malah sifat taatnya dia kepada Allah SWT tiada dapat di bandingkan. Namun tiada siapa yang mendabik dada untuk tidak memohon rahmat dari Allah SWT.

Rahmat Allah SWT yang melimpah ruah, sebenarnya telah lama kita nikmati cumanya kita sahaja yang tidak ingin mengambil perhatian. Seperti sepasang mata yang Allah SWT kurniakan, bayangkan lah sekira mata yang celik tidak mendatangi kita semasa lahir. Begitu juga sepasang telinga yang melambangkan sebagai rahmat Allah SWT yang paling berharga bagi setiap manusia. Tanpa telinga yang boleh mendengar, apakah yang dapat kita dengar? Maka dengan telinga yang jelas kita dapat memahami arti kehidupan dari mereka yang lebih tahu.

Malah banyak lagi rahmat Allah SWT yang telah kita nikmati sejak mula datang kedunia ini.Lihat sahaja anak kecil yang baru dilahirkan ibunya. Tangisan menjadi tanda keinginannya atau kemahuannya yang diperlukan segera. Bila kehausan, anak kecil menangis agar nanti ibunya memberikan air susu untuk menghilangkan dahaganya. Jadi rahmat Allah SWT yang berupa tangisan menjadi penghubung kepada ibunya agar kehausannya dapat dihilangkan.

Jadi kita sebagai makhluk Allah SWT yang sebenarnya sangat lemah, menjadi kewajiban kita memohon rahmat Allah SWT.

Maka jadikan lah diri kita sentiasa dalam kehidupan beriman serta bertaqwa. Melakuakn segala suruhan Allah SWT dan meninggalkan larangannya. Dijadikan segala amalan, baik solat 5 fardhu dan sunat, serta puasa, zakat dan usaha menunaikan haji sebagai kefardhuan yang memberikan landasan buat kita memohon rahmat Allah SWT yang melimpah banyaknya. Sentiasalah berdoa dan memohon agar diri kita dijauhi dari melakukan larangan Allah SWT. Berdoalah memohon rahmat dari Allah SWT.


Bab1




Bab2




Bab3




Bab4




Bab5




Bab6