9/08/2009

Tazkirah dan Renungan Dibulan Ramadhan

Hari ini masih lagi dibulan Ramadhan dan juga semalam hari yang paling penting bilamana ayat2 "Al Quran" mula diturun buat kesejahteraan setiap makhluk Allah SWT. Itulah "Nuzulul Quran" yang akan terus memberi ingatan dan petunjuk kepada kita insan yang beriman. Saban tahun Ramadhan tetap setia akan kedatangannya. Bila Ramadhan datang seluruh alam menjadi riang dan gembira. Kita sebagai insan muslim menanti kedatangan Ramadhan dengan penuh kerinduan dan kegembiraan. Seharusnya kita merasa syukur, syukur kerana ada lagi usia buat berjumpa dengan Ramadhan bulan yang penuh baroqah. Tahun hadapan belum tentu lagi kita akan menemukan Ramadhan.
Ramadhan adalah anugerah Allah SWT kepada hamba2 nya yang beriman. Ramadhan adalah bulan yang paling istimewa bagi setiap insan muslim untuk mencari laba pahala dan keredaan Allah SWT. Segala kebaikan, jihad dan amal ibadah dibulan yang baroqah ini dilipat gandakan nilai pahala dan kebajikan. Pada bulan Ramadhan juga tersimpan khazanah dari langit yang terlalu besar nilainya yang mesti digapai dan didambakan oleh setiap insan mukmin sejati. Itulah "Lailatul Qadar" malam yang lebih baik dari seribu bulan. Ramadhan memberi kita semua satu persimpangan yang penuh erti, "turning point" bagi setiap insan menjadikan dirinya insan mukmin yang benar-benar bertaqwa didalam perjalanan hidupnya didunia.
Saya titipkan disini syarahan juga tazkirah yang disampaikan oleh Al ustaz Abdul Ghani Shamsudin.
Tazkirah Ramadhan 1




Tazkirah Ramadhan 2


Tazkirah Ramadhan 3